Ada Isu Pada Blogger Blogspot, Tapi Kita Rilek Saja

kertas dan pen di atas meja

Tadi buka Reading List, saya hanya nampak entri para bloggers yang diterbitkan paling awal 3 hari lepas. Post terbaru tak keluar langsung.

Apa sebenarnya yang sedang terjadi pada Blogger blogspot? Tak tahu. Macam ada banyak benda pihak Google (saya rasa) sedang buat atau ubah sehingga muncul macam-macam isu.

Bulan Ogos lepas ramai pemilik "hilang" blog mereka termasuklah saya sendiri. Lepas tu, dalam 2 minggu ni saja, 3 isu timbul— tak dapat tinggalkan komen, tak dapat muat naik gambar, dan yang sedang berlaku sekarang ni, Reading List tak dikemaskini untuk tunjuk entri terbaru.

Tapi janganlah kita risau sangat— selalunya isu macam ni cuma sementara dan dibaiki cepat (harap-haraplah). Mungkin penambahbaikan daripada pihak Google sendiri supaya Blogger jadi lebih baik. Yalahkan, Blogger ni pun dah sangat lama wujud jadi mungkin ada sesuatu yang dah outdated atau apa ka yang perlu dinaiktaraf dan sebagainya.

Cuma kita taknaklah platform ni terkubur macam media sosial dulu seperti Friendster, Tagged, MySpace dan Google+ sebab ramai berpindah ke Facebook dan Twitter.

(Dengar cerita MySpace nak kembali?)

Ada banyak ja platform blogging lain yang popular tapi setahu saya, cuma Blogger saja yang benarkan pengguna pasang iklan Adsense tanpa perlu ada bayar apa-apa— hanya perlu lulus Adsense. Jadi walaupun Blogger blogspot bukan lagi antara "top", tapi ini mungkin salah satu kekuatannya yang buatkan ramai pilih untuk terus menulis di sini.

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama