Awal pagi tadi 5 Ogos 2026 dekat nak pukul 2 pagi dapat emel kata blog aku @sdmfeeder kena removed. Beberapa minit kemudian blog satu lagi p*****.com pun kena. Aku baru nak tido.
Sebab malware katanya. Tiber. Aku ada post gambar dekat entri ni.
Gelabah sikit, tapi aku macam syak ni mungkin kesilapan teknikal. Mungkin bot atau sistem scan tapi ada tersilap sesuatu. Jadi aku tekan "Request review" untuk kedua-dua blog supaya manusia sebenar yang datang semak blog.
Selidik-selidik tanya AI itu ini, suruh dia check code theme. OK ja tak ada apa-apa masalah pun. Tido jalah dan tunggu review tu siap nanti.
Malamnya (tadi), aku blogwalking sikit dan dapat tau banyak blogger lain juga hilang blog lepas baca komen-komen dorang.
$ads={1}
Aku suruh Grok semak ramai tak orang report tentang isu ni dalam tempoh 24 jam lepas. Dia kata ramai kena dalam 24-48 jam.
Lepas tu aku pergi reddit r/blogspot. Memang ramai yang tiba-tiba hilang blog. Salah satu reddit thread yang bincang pasal isu ni: reddit.com/r/blogspot.
Dekat web support google pun tengah hangat: support.google.com/blogger
Dan nampaknya ada yang dah dapat balik blog dorang. Tapi ada juga komen kata blog kena locked lagi lepas tulis sesuatu ataupun edit template.
UPDATE: Belum sempat aku publish entri ni, antara pukul 9:30–10pm, kedua-dua blog aku dah kembali. Alhamdulillah!
UPDATE 2: 6 Ogos 2026, pukul 1 pagi, BLOG INI pula kena removed. Requested review pukul 7 pagi lebih. Pukul 1 tengahari tadi dapat semula.
- Tengoklah kalau aku update entri ni akan kena locked out balik atau tak.
- Tadi rasanya blog Pn. Syazni Rahim pun terkena removed sekali lagi sebab bila aku tekan entri beliau dekat reading list, blognya "hilang".
$ads={2}

Harapnya dia tak buat hal lagi
BalasPadamYa, harap blogger dah betulkan apa-apa yang tak betul tu
Padam