Pertama Kali Beli Domain, dan Perbaharui Domain di NetKL

beli domain di netKL malaysia

Bulan 11 tahun 2024, aku beli 1 domain dekat NetKL. Bulan ni dah Oktober 2025. Jadi ada kurang lebih masa sebulan lagi untuk renew. Kali pertama renew custom domain heheh. Baru ja lepas bayar tadi. Untuk website aku yang lain ya, bukan blog ni.

NetKL adalah syarikat tempatan (Malaysia) yang menyediakan servis hosting dan domain pada harga budget.

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Perbaharui Domain

Ni renew yang pertama. NetKL dah keluarkan invoice, tapi aku tak pasti buat nak apa, adakah bayar macam tu saja? Sebab ada masa sebulan lagi sebelum domain aku expire. Tapi aku bayar ja lah tadi, guna DuitNow.

Masa transfer duit, penting untuk masukkan nombor invoice atau alamat domain/website kita dekat bahagian "Recipient reference", supaya mereka tahu duit tu daripada siapa.

Lepas bayar, hubungi NetKL untuk berikan maklumat pembayaran. Boleh hubungi melalu emel support@netkl.com ataupun buka tiket di netkl.com/contact-us.

Tak lama, tak sampai 10 minit macamtu, staff NetKL sahkan pembayaran untuk renewal. Selesai tambah setahun sampai 2026. Heheh.

Harga custom domain di NetKL

Masa pertama kali beli domain dulu, aku pilih dot com. Harga dia RM60 setahun untuk 1 website. Ini harga untuk (.com), ada banyak lagi macam .net, .biz, dan lain-lain. Kalau nak check harga boleh tengok dekat website NetKL.

Jangan salah faham, ini harga untuk domain sahaja, bukan hosting. Senang faham, kita buang .blogspot supaya jadi sadamlahtok.com (contoh).

Ha, kalau hosting aku tak tahulah apa benda tu hahah, yang aku tahu, dia lebih mahal sebab ada benda extra. Untuk orang-orang bisnes rasanya.

Isi maklumat peribadi

Kalau beli domain, kita akan isi maklumat peribadi macam nama, alamat rumah, alamat email, dan nombor telefon.

Jadi, selain beli domain, kita *patut* beli juga ID Protection. Ini tujuannya untuk protect maklumat peribadi kita daripada terdedah dekat internet.

WHOIS Privacy Protection / ID Protection

Tajuk atas tu, tak pastilah mana 1 yang betul, keduanya betul sebab benda sama kot.

Masa pertama kali aku beli domain, aku buat sendiri-sendiri tak ada orang guide. Jadi aku tak tahu apa yang penting—aku cuma bayar domain saja masa tu, RM60. Aku tak tahu langsung tentang ID Protection. Masa checkout nak bayar domain memang ada nampak ID Protection tapi tak tahu pula ia penting.

Masa ni, aku dah siap setup domain sendiri, tukar/buang .blogspot daripada address. Aku ikut guide/tutorial daripada bolakatok.com.

Beberapa hari kemudian, dapat emel-emel daripada orang tak dikenal—dan dorang tahu nama sebenar aku. Emel offer itu ini, macam salesmen-lah. Sampai ada yang telefon tapi aku tak angkat, sebab nombor macam dari luar negara.

Aku memang syak dorang dapat informasi ni sebab aku beli domain, jadi aku search detail macam nama aku dekat google, sampai terjumpa website https://urlscan.io—aku nampak maklumat peribadi, benda-benda yang aku isi masa beli domain.

Jadi aku contact staff NetKL tanya pasal ni, dan dia jelaskan tentang WHOIS Privacy Protection. Kalau korang nak tahu, boleh baca dekat https://billing.netkl.com/knowledgebase/143/What-is-ID-Protection.html?

Data sulit pun ada terdedah dekat whois.com/whois.

Fuh, tertayang semua maklumat peribadi aku—nama penuh, alamat rumah, alamat emel, nombor telefon. Seluruh dunia boleh tengok. Sapa ja tak cuak. 

Harga servis ID Protection ialah RM15 untuk 1 website. Aku terus beli. Jadi total sekarang termasuk harga domain(RM60) ialah RM75 setahun.

OK, dah bayar, staff NetKL kata whois.com/whois akan update dalam 48-72 jam.

Jadi, butiran kita dekat whois tu akan disembunyikan dengan informasi palsu.


Disebabkan kesilapan aku ni, spammers(?) dah simpan contact details aku. Aku cuma boleh abaikan saja emel dari dorang. Tapi dorang takda lah sampai setiap hari hantar macam-macam emel, cuma kadang-kadang dan setakat ni jarang-jarang juga lah.

Dorang cuma offer servis bisnes mungkin dia ingat aku ni orang bisnes juga kot padahal blogger santai ja pun heheh.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama