Kod CSS Untuk Cantikkan Perenggan Blog

Terjumpa sebuah video dekat Instagram yang cakap pasal CSS. Aku pun tengoklah sebab macam simple ja. Video tu terangkan apa kod tu buat pada perenggan dalam blog atau website.

Jadi aku cuba tulis semula pasal ni dan bagi tutorial sikit macam mana nak buat. Aku sendiri dah cuba dan menjadi.


Dalam video tu, dia ada sebut 2 jenis "text-wrap". Kod ni akan control rupa perenggan tu.

  • p { text-wrap:pretty; }
  • p { text-wrap:balance; }

Bila guna text-wrap:pretty, perenggan masih nampak sama cuma berubah dekat hujung. Contohnya, di baris terakhir sesuatu perenggan, cuma ada satu ja perkataan, dia akan ubah jadi 2 perkataan. Supaya perkataan tu taklah nampak "sedih" ja sorang-sorang situ.

Dalam video tu, katanya ni perkataan "Orphan". Perkataan yatim kah maksudnya? Gambar bawah aku tunjukkan perbezaannya.

apa text-wrap:pretty buat pada perenggan

Yang lagi satu, text-wrap:balance, dia akan control baris dalam perenggan tu supaya nampak seragam. Panjang setiap baris nampak dekat-dekat sama ja, tak ada yang terlalu panjang atau terlalu pendek.

apa text-wrap:balance buat pada perenggan

Cara masukkan code css ni

Dekat dashboard blogger,

  1. Pergi dekat "Theme" dan klik pada "Customize".
  2. Di bahagian "Advance", cari "Add CSS".
  3. masukkan kod css dalam "customize" theme
  4. Dalam ruang kosong tu, masukkan kod
    .post-body p { text-wrap:pretty; }
    atau
    .post-body p { text-warp:balance; }
  5. Klik butang "Save" dekat bawah kanan page.

Seperti yang korang nampak, kod agak lain sikit sebab aku masukkan ".post-body" sebab aku hanya target perenggan dalam kawasan blog post atau artikel ja.

Kalau dah tak nak guna gaya perenggan ni, cuma padamkan kod tu kemudian klik 'Save'.

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama