Sebelum terjadi apa-apa lagi, buatlah backup berkala untuk blog kita ni. Beberapa hari lepas kecoh ramai bloggers kena locked out tak boleh akses blog sendiri. Pemilik "kehilangan" blog mereka selama beberapa jam. Tak pasti apa puncanya, kemungkinan besar kesilapan teknikal.
Berita baik, boleh dapat balik. Kalau tak? Menangis haaa.
$ads={1}
Cara backup blog blogger
- Pergi ke laman web Google Takeout.
- Pilih Blogger.
- Klik "Next step".
- Lepas tu akan keluar pilihan destinasi dan kekerapan export. Pilih mana yang disukai (lihat gambar).
- Kemudian klik "Create export". Dia akan mula buat backup. Tunggulah nanti dia akan hantar backup tu ke destinasi pilihan.
Pindahkan ke blog baru
Bahagian ni kalau pelan nak pindah blog. Kalau takda, cuma nak download dan simpan backup ja, tak perlulah buat.
- Download backup tadi kemudian extract (klik kanan dan pilih extract. Extract ke desktop supaya mudah cari).
- Dekat web blogger, masuk ke bahagian Settings dan cari "Import content".
-
Semasa nak import, cari folder extract tadi dan pergi ke lokasi:
Takeout → Blogger → Blogs → Nama blog
- Pilih feed.atom.
$ads={2}
Semua entri dan komen akan dimasukkan ke blog baru bersama tarikh asal.
Gambar-gambar pun ada. Rasanya blog baru akan guna album dari blog lama. Boleh check dekat Blogger Media Manager.
Lepas tu kalau nak kembalikan template lama bersama layout dan pages:
- Dekat bahagian Theme, klik "Restore".
-
Cari folder extract tadi dan pergi ke lokasi yang sama:
Takeout → Blogger → Blogs → Nama blog
- Pilih theme-layouts.xml.




