Ini kisah masa aku sekolah rendah dulu. Aku ingat-ingat lupa dah tapi nak juga tulis.
Aku rasa masa ni aku darjah 3. Awal pagi tu sebelum kelas bermula, kelas kami dipanggil untuk bersihkan tandas. Kelas-kelas ada gilirannya dipanggil pengawas untuk bersihkan tempat sekian-sekian.
Inilah salah faham aku. Aku ingatkan kena bersihkan tandas untuk sepanjang tahun tu. (lupa, rasanya sekali seminggu.) Seingat aku, pengawas (atau cikgu?) yang jaga kami tak ada pun panggil untuk buat lagi.
Jadi sejak dari tu, aku selalu bersihkan tandas pelajar lelaki sorang-sorang. Takut kena marah pengawas atau cikgu yang jaga kalau tak datang. Tapi tak ada penjaga pun yang pantau, cuma ada aku ja. Lagi pelik, kenapa aku tak pernah tanya kawan-kawan sekelas pasal ni.
Pagi-pagi sebelum kelas mula, hirup udara bau taik dan kencing. Taik semalam atau entah bila tak dipam, mungkin sebab tak ada air. Tangki kosong. Tandas sekolah 'kan, macam-macam rosak. Paip dekat luar ok. Aku la yang "tolong" simbah jamban dan tempat kencing. Lepas tu basahkan lantai dan gosok dengan penyapu bagi bersih.
$ads={1}
Tak tahula sekolah ni ada atau tak pekerja cleaner. Kalau ada, mungkin dia hairan—masuk kerja tapi semua dah siap.
Tak silap aku, pernah ada sorang cikgu yang datang check dan tengok aku buat kerja ni. Tapi dia tak cakap apa-apa pun. "Dah kenapa budak ni..."—mungkin ini yang cikgu tu fikir.
Kalau ingatan aku betul, rasanya sampai hujung tahun lah kot, atau dekat-dekat nak peperiksaan akhir.
OK, lepas tu masuk darjah 4.
Time ni aku jadi pengawas. Aku ditugaskan jaga rumah sampah. Kerja tempat busuk lagi.
Aku ni sejak kecil seorang yang timid, takut orang. Jadi pengawas kena berani dan tegas. Tapi terhegeh nak jadi pengawas juga. Sebab bodo tak reti berfikir hahaha. Applied jawatan pengawas sebab boleh pakai tali leher nampak cool. Ceh.
Macam aku kata awal tadi, jadi pengawas kena panggil kelas tertentu turun dan bersihkan sesuatu tempat dia jaga. Aku tak panggil pun mana-mana kelas—aku buat sendiri-sendiri.
Setiap hari, pagi-pagi hirup udara bau sampah. Tapi lagi oklah daripada bau taik dan kencing yang tajam.
$ads={2}
Rumah sampah tak besar pun, kurang lebih macam bilik stor. Sapu-sapulah kalau ada yang tertumpah, masukkan balik ke dalam tong. Students datang bawak tong sampah kelas dorang lepas tu aku tuang dan kosongkan.
Ada masa rumah sampah tu ok bersih ja so sapu sikit ja dah siap. Ada masa mengalir melimpah air sampah—ni bau paling "best". Tapi sebelah rumah sampah ada paip dan hose jadi senang lah nak bersihkan.
Kadang-kadang ada kawan ikut tapi jaranglah. Kadang-kadang ponteng tugas kalau ada kerja sekolah nak disiapkan pagi tu sebelum kelas mula. Atau hari hujan.
Darjah 5.
Tahun ni aku jaga kawasan dataran. Dataran ni agak besar dan banyak tangga dikelilingi bangunan kelas, makmal, pejabat dan bilik guru. Pendek kata, dekat tengah-tengah sekolahlah.
Banyak tangga sebab kawasan agak berbukit. Ada blok kelas dan bangunan dekat bawah, ada dekat atas.
Macam sebelum ni, aku tak panggil kelas yang bertugas, aku buat sendiri. Cuma sapu-sapu tangga dataran tu ja tapi agak luaslah.
Tapi tempat ni tak best sebab banyak orang dapat tengok.
Darjah 6.
Masih lagi seorang pengawas. Aku ditugaskan jaga rumah sampah semula.
Walaupun busuk, aku lagi suka dekat sini daripada dataran tu, sebab dataran luas dan rasa lama nak siapkan. Sini pun tak ramai orang nak perhati.
Rasanya akulah paling pro dekat sekolah tu kalau handle kerja-kerja kotor hahaha.
Aku tak ingat tahun bila yang ni berlaku, darjah 5 atau 6. Aku diberi anugerah "Pengawas Dedikasi" (atau berdedikasi?) semasa penghimpunan sekolah. Tiba-tiba nama kena panggil dan terima hadiah buku. Bangga juga la masa tu.
Sebenarnya aku tak tahu pun apa maksud istilah ni. Aku baru tanya google.
Cikgu-cikgu sekalian, sebenarnya saya bukan berdedikasi. Saya cuma timid, penakut, tak confident, tak berani bagi arahan pada kelas bertugas—jadi saya "terpaksa" buat sendiri. Oleh sebab tak ada orang lain di sekeliling, spotlight jatuh dekat saya. Orang hanya nampak saya. Hahaha. Saya jadi pengawas sebab tali leher, cikgu!
Aku rasa inilah yang terjadi.
Tak sengaja pula TERdedikasi padahal sebenarnya takut orang. TER-attracted attention.
Baca juga:
