Masak Mi Segera: Tunggu Air Mendidih atau Tak?

Aku tak tunggu air mendidih. Aku masukkan terus mi keras tu ke dalam periuk lepas bukak api stove. Dah lama buat macam ni sebab aku rasa sama ja kalau letak mi tu awal atau tak.

Lepas tu, beberapa tahun lepas masa tengok Running Man episod 609, ada debat pasal ni. Dekat-dekat hujung episod tu dorang ada masak-masak.

Jong Kook masak ramyeon. Dia masukkan mi keras tu sebelum air mendidih.

runningman masak ramyeon

Jae Seok tak setuju dengan cara dia. Dia di pihak yang jenis tunggu air mendidih dulu. Seok Jin juga menyebelahi Jae Seok.

runningman masak ramyeon

Jong Kook tetap tegas kata masak macam tu lebih baik.

Dorang 2 tak puas hati berdebat macam nak bergaduh hahaha. Kalau korang peminat Running Man, korang taulah member-member lain semua takut dengan Jong Kook temasuklah yang lebih tua dari dia.

runningman masak ramyeon

Lepas ramyeon siap masak, members lain kata mee tu memang sedap. Jae Seok kata diri dia "pakar ramyeon" jadi dia boleh menilai kalau mee tu betul sedap atau tak.

Jong Kook kata cara ni diuji oleh seseorang terkenal. Sebuah universiti dah uji.

runningman masak ramyeon

Jae Seok akui mee tu sedap hahaha.

Tak tahulah betul atau tak kajian(?) yang disebut Jong Kook tu, mungkin untuk ramyeon saja.

Bagi aku rasa mi segera sama saja—tunggu air mendidih atau tak. Aku masukkan mi mentah* tu awal sebab malas nak tunggu ja. Bapak aku ada kata dia pun buat macamtu.

Pada aku, yang buat dia tak sedap ialah bila mi tu terlebih masak sampai kembang. Lembik dan hilang kenyalnya. Rasa pelik.

*mentah kah? Ataupun mi dah dimasak kemudian dikeraskan dengan wax?

$ads={2}

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama