Sebelum Discord, Kita Ada...?

Tengah main game tiba-tiba teringat dan terfikir pasal ni. Dulu, aku rasa tak ramai orang yang tahu tentang app komunikasi macam Discord sekarang melainkan geng-geng student, kaki cyber cafe atau CC, dan gamers.

Mungkin orang-orang CC-lah generasi awal yang main benda ni. Sebab ada internet la kan. Lepas tu pelajar kolej atau universiti sebab time tu ramai dah start ada laptop dan beli broadband atau guna wifi tempat dorang belajar.

Tapi tu andaian aku ja lah.

Dulu, app atau software popular yang aku biasa dengar ada 2—Yahoo Messenger dan Skype. Fuh macam rindu pula zaman tu.

Aku dari sekolah rendah sampai menengah selalu lepak CC tapi 2 apps tu macam belum terkenal sangat. Tak silap aku, awal 2000-an masa ni mIRC yang gempak. Perkataan femes mIRC: "ASL" hahaha. Orang tanya age, sex, dan location (umur, jantina dan dari mana).

Lepas tu, seingat aku atau berdasarkan pengalaman, yahoo messenger orang guna (lebih kepada) untuk chatting, dan skype buat panggilan voice dan video. Rasanya sama ja fungsi 2 app tu. Aku suka YM sebab comel dan nampak menarik. Skype pula macam oklah kot, aku tak berapa ingat dah.

Fuh, nostalgia bro dengar ringtone dia hahaha.

Selain tu, ada lagi yang aku pernah nampak, macam MSN messenger. Dekat Malaysia tak popular kot, atau aku ja yang tak pernah guna.

Lepas tu ada app untuk gamers pula. Ada 2 yang selalu aku dengar—TeamSpeak dan Mumble. Ni zaman tak tahu bila, tapi tak jauh sebelum Discord. 2 apps voice chat ni selalu disebut geng-geng DotA & Counter-Strike rasanya, mungkin sebab dua game ni tengah naik.

Lepas tu masuklah era Discord, dan aku tanya AI, katanya tahun 2017-2018 Discord jadi sangat popular sampai gantikan voice apps yang lain. Masa ni era e-sports memang betul-betul kaw tak silap aku.

Aku buat akaun discord tahun 2016 tapi tak aktif pun.

Tahun 2020 berlaku pandemik covid19, makin banyak orang guna Discord termasuklah aku. Admin game pula buat Discord server untuk apa-apa news dan updates jadi kita pun makin rancaklah guna. Sekarang, banyak dah alternatif kalau tak minat guna Discord.

Tapi masa covid ni juga, geng student, guru dan orang bekerja dari rumah banyak guna Google Zoom. Tentang ni aku tak tahu apa sebab tak pernah guna.

Ada lagi sebenarnya app lain yang orang guna masa dulu-dulu tapi mungkin popular di tempat dorang bukan tempat aku/kita.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama