Kalau blog posts aku yang lama-lama dari 3–4 hari lepas ada muncul lagi dekat reading list korang berkali-kali, aku minta maaf la ya.
Sorry guys, kadang-kadang ada benda tersilap tulis, ayat cringe/pelik ataupun masalah teknikal yang perlu dibetulkan. Jadi aku update post tu.
Mungkin aku ni ada sedikit isu perfectionism. Nak benda nampak sempurna. Tapi sikit ja lah, tak banyak tak parah. Hahaha.
Ada satu nasihat aku pernah dengar dulu. Dari sebuah video apa entah yang aku tengok, dan orang tu pesan, "kalau kau buat sampai nak perfect, ia akan kacau dan melambatkan proses kau belajar". Kurang lebih macam tu lah kot kalau tak silap aku.
Aku cuba pegang kata-kata tu supaya aku lebih menghargai sesuatu yang dibuat berbanding mengejar kesempurnaan, dan tak terlalu strict pada diri sendiri. Buat sebaiknya tapi rilek-rileklah.
By the way, ada sesuatu yang aku dari dulu terfikir—"guna vs. pakai".
(Saja nak buat entri lebih panjang.)
Berdasarkan pemahaman aku, "pakai" adalah untuk sesuatu dekat badan dan "guna" adalah untuk sebaliknyalah. Ke aku salah? Contohnya, pakai selipar, pakai baju... Rasanya tak pernah aku dengar orang cakap "guna baju".
Kalau ikutkan bahasa kasual atau bahasa pasar kita, perkataan "pakai" sering diguna untuk apa-apa pun, tak semestinya benda-benda di badan. Contohnya, "Aku pakai template blogspot classic."
Eh, kenapa nak peningkan kepala fikir hal-hal remeh macam ni hahaha. Biar jalah, yang penting maksudnya sampai; orang faham kita.