Lipas, Aku Tak Suka Kau

takut dan geli lipas
Foto: Picas Joe (dari Pexels)

Eii geli aku dengan binatang ni. Geli aku tengok gambar dia kat atas. Banyak-banyak serangga, yang jenis berkaki 6-lah buat roma meremang terutamanya bernama lipas.

Entahlah, sebab lipas ni memang menyeramkan atau sebab trauma masa kecil.

Dulu masa aku kecil, aku kadang-kadang tidur malam atas lantai sebab rasa macam best berbanding katil. Time tengah sedap tidur, terbangun sebab rasa geli-geli kat atas badan. Ada benda berlari-lari dalam baju. Ke kiri ke kanan.

Lepastu aku dapat tangkap bila dia lari dekat belakang badan. Aku bangun ke bilik mak sambil genggam baju yang ada serangga tu. Aku ingatkan cicak, sebab tu tak takut.

Aku kejutkan mak dan dia buangkan. Mak kata tu lipas. Aku tak ingat apa perasaan masa tu, tapi bila teringat dan terbayangkan sekarang lipas tu berlari-lari dalam baju, GELI WOI!

Mungkin masa tulah aku mula jadi anti-lipas, sampai sekarang.

$ads={1}

Kalau nampak lipas dalam rumah lebih-lebih lagi dalam bilik, badan ni auto seram sejuk. Terus laju lari keluar bilik gi jauh-jauh.

Dan paling seram di dunia: Lipas terbang. Dahla dia terbang laju, terbang dalam bilik kecik lagi memang takut jadi 200% lah. Memang $%#& hahah—aku rasa hantu pun tak menakutkan sampai buat aku jadi macam pondan.

Dulu beberapa kali dah aku berperang dengan lipas dalam pukul 2 3 pagi. Dulu selalu jadi burung hantu berjaga malam main game sampai pagi.

Selagi tak confirm lipas tu mati, selagi tu tak tenang. Memang aku buru habis-habisan guna spray nyamuk ka, penyapu ka atau apa ka yang aku rasa boleh mampuskan lipas tu. Kita lawan dia macam pondan sebab takut sangat dia datang dekat hahaha.

Pernah terfikir nak guna kapur racun untuk bunuh lipas. Kapur yang kita conteng dekat dinding, tingkap, bawah pintu atau mana-mana tempat yang kita rasa lipas ni akan lalu. Nanti dia keracunanlah. Tapi sebab keluarga aku ada bela beberapa ekor kucing, takut terkena kat dorang pula—terpijak lepas tu kot-kot dijilatnya. Tak nak lah ambik risiko.

Jadi sekarang ni 'pertahanan' aku terhadap lipas atau serangga ialah penutup dekat bawah pintu tu. Aku tak tahulah apa dipanggil benda ni. Dan lubang-lubang dari celah tingkap harapnya semua tertutup rapat.

Siang-siang masa pintu dan tingkap terbuka luas, kalau ada lipas masuk bersedia jalah jadi fighter pondan.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama