Entri Pernah Indexed Tapi Kena Removed. Sedih

Beberapa bulan lepas, aku tulis 3 blog posts. Salah satunya post berkaitan aplikasi myBSN Mobile.

Ok, macam biasa lepas tulis, kita submit url dekat Google Search Console (GSC) lah, kan?

Beberapa hari kemudian, aku semak GSC dan nampak entri tu dah di-indexed. Dalam hati, "Betul kah ni?"

Lepas tu, double checked dekat google search, taip "site:sadamlahtok.blogspot.com". Ada keluar result.

google sudah index entri tak sampai sehari

OK, lepas tu aku tulis lagi 2 posts. Keduanya pun di-indexed lepas beberapa hari.

Kalau Google dah indexed kau punya post, seronok bro. Penat-penat tulis mestilah nak dia keluar dekat search result.

Selagi tak index, orang tak 'TER'jumpa blog kita semasa dorang search sesuatu dekat enjin carian macam Google. Jadi, takda traffic dari situ.

Jadi kenapa aku excited sangat ni? Sebab blog ni agak baru tapi Google nak index!

Namun...

La la la la...

Kebahagiaan dan nikmat ini hanya sementara HAHAHA.

Entri Pernah Indexed Tapi Kena Removed

Seminggu kemudian, semua deindexed. Hilang dari google. Apa sebab deindexed, aku pun tak tahu.

Pada awalnya, dia index punyalah laju—sehari dua dah boleh keluar dekat carian di google. Ingatkan akhirnya Google mula 'peduli' dekat blog ni. Rupanya cuma mengusik.

Sekarang, setiap entri selepas kejadian ni semuanya tak terindex langsung. Tapi aku dah terbiasa, sebabnya...


Aku ada 2 buah blog lain selain 'sadamlahtok'. Kedua-dua blog ni pun sama—'0 indexed pages'.

Aku dah baca itu ini, tanya AI itu ini...

Pendek kata, walaupun penulisan bagus, tapi kalau site kita tak ada backlinks yang berkualiti, Google susah nak percaya, jadi dia taknak index. Kurang lebih macam vouch atau testimoni lah kot. Dulu senang, tak perlu sangat benda ni.

Aku dah buat:

  1. Hantar sitemap dan URLs entri ke GSC, Bing, Yandex
  2. Tulis guna struktur HTML yang betul
  3. Beli custom domain untuk salah 1 blog supaya nampak lebih 'profesional dan trusted'
  4. Guna ping-o-matic walaupun orang kata dah kurang berfungsi sekarang
  5. Buat pages dan kongsi dekat media sosial (tak tahu ada orang klik atau tidak hahah)

Dah setahun pun sama macam itu ja.

Memang kena ada pergaulan dengan manusia sebenar juga ni ahahha. Rajin komen dan berkenalan dekat blog orang. Mana tahu, dapat backlinks dari situ. Segan silu malu kena tolak tepi dulu, tebalkan muka.

Kalau pandai menulis, tulislah untuk kenalan bloggers sesuatu yang bermanfaat dan minta izin post dekat blog dorang kalau setuju. Pada masa yang sama, selitkan url kita (contohnya artikel berkaitan). Dapat satu backlink dari situ.

Ceh, cakap pandai tapi sendiri tak buat hahahaha. Masalah introvert penakut ni.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama