Salah satu sebab orang tak suka Microsoft Edge ialah kebimbangan berkaitan dengan telemetri dan privasi.
Pada pendapat aku, aku rasa punca terbesar ialah sebab browser ni tak dapat dibuang daripada Windows dengan cara normal macam kita uninstall app lain.
Jadi pengguna rasa terpaksa 'hidup' dengan dia. Walaupun tak diguna, Edge selalu running di background. Entah apa yang dibuatnya.
Sama jugalah macam apps merepek di phone kita—nak buang tak dapat, melainkan kita ada ilmu mendalam pasal phone. Ini dah tahap advanced, takkanlah pengguna-pengguna biasa nak kena tahu benda-benda ni, kan?
Cara mudah uninstall Microsoft Edge
Beberapa hari lepas Youtube ada recommended 1 video.
Ok, kalau korang tengok thumbnail youtube tu, ada tertulis 'Wintoys'.
Pendek kata, Wintoys adalah app yang memberi pengguna (kita) lebih banyak control ke atas Windows dengan memudahkan kita mengakses ke banyak settings.
Dan salah satu settings-nya membenarkan Edge di-uninstall. Inilah yang aku nak cerita hari ni. Kalau berminat nak tengok sendiri video tu, boleh check dekat minit 5:24.
Caranya mudah, hanya perlukan beberapa klik saja. Tak ada taip apa-apa code atau command pelik.
Selepas muat turun, buka Wintoys. Ikut langkah di bawah.
- Tweaks
- System
- Aktifkan Digital markets act
- Restart PC
Ok, selepas restart PC, langkah seterusnya ni penting.
Perlu uninstall daripada 'Apps' yang terdapat dalam Windows settings. Kalau guna Wintoys, butang 'Uninstall' tak dapat ditekan.
Buka Windows settings → Apps → Installed apps
Cari Microsoft Edge dan uninstall.

