Tiap hari aku tengok Youtube. Bila buka PC, Youtube pun macam wajib buka juga. Jadi dalam entri ni aku nak cakap pasal 4 extensions untuk Youtube yang aku rasa best.
{tocify} $title={Isi Kandungan}
1. Improve Youtube!
Ini wajib bagi aku. Banyak juga customization dia supaya Youtube jadi itu atau ini. Aku senaraikan dekat bawah.
→ Play video ikut kualiti yang kita nak
Ini paling aku suka. Youtube akan pilih kualiti 'Auto' kan, lepas tu dia ubah-ubah kualiti tu ikut kelajuan internet. Kadang-kadang internet laju pun dia auto ke kualiti rendah.
Kalau guna Improve Youtube!, kita boleh tetapkan supaya dia play kualiti yang sama ja. Tak perlu dah tukar resolution secara manual tiap kali tekan video baru. Dah la banyak nak klik kan.
$ads={1}
→ Boleh disable auto dubbing
Semenjak beberapa bulan ni banyak pula video alih bahasa automatik. Rasanya teknologi AI kot. Baguslah ada terjemahan tapi kadang-kadang menyampah pula jadinya sebab aku nak dengar original audio.
→ Shortcut keyboard untuk tukar-tukar kualiti video
Tadi kata tak perlu dah nak tukar kualiti, ni kenapa pula nak ada shortcut tukar resolution?
Hahaha. Tak... Ada la masa tertentu aku nak play video kualiti rendah sebab aku tak tengok pun, cuma mendengar sambil-sambil main game.
Ataupun tengok live kadang-kadang sekat-sekat sebab internet tak stabil jadi kena rendahkan resolution.
Ada shortcut ni laju sikit daripada klik mouse.
→ Boleh adjust saiz player
Nak player kecik ka, besar ka, boleh pilih boss. Ada banyak saiz. Dulu aku guna ni supaya saiz player ikut resolusi/kualiti video.
Dulu la, masa guna mobile data slow, jadi kena pilih kualiti rendah tapi player pula besar. Kena kecikkan player supaya video tak stretch.
→ Boleh disable 60FPS
Mungkin komputer jadi berat dan slow, jadi boleh disable benda ni.
Ada banyak lagi yang best, tapi ni ja lah yang aku nak cerita.
2. Return Youtube Dislike
Guna ni, kita boleh nampak berapa banyak dislikes sesuatu video tu dapat. Kalau uploader video tu sendiri tak disable like-dislike tu lah.
Kadang-kadang tu aku cari guide atau tutorial pasal sesuatu. Masa video baru start, tengok dulu banyak atau sikit dislikes. Kalau banyak dislikes, memang aku skip.
Video yang betul-betul membantu seseorang takkan pula orang nak bagi dislike banyak-banyak macam tu, kan?
3. SponsorBlock For Youtube
Tengah layan video, tiba-tiba promote panjang-panjang sesuatu produk. Rupanya barang dari sponsor video dia masa tu. Jadi extension ni akan auto skip bahagian ni.
Orang-orang yang pasang extension ni, dorang tandakan bahagian dalam video (timestamp) yang boleh di-skip, dan info ni akan masuk database untuk dikongsi dengan pengguna lain.
4. Youtube Seach Fixer
Extension ni aku baru-baru ja tau. Fungsi dia lebih kepada remove video yang tak berkaitan dan tak konsisten dalam hasil carian YouTube.
Tak tahu la korang perasan atau tak. Cuba taip nak cari sesuatu video dekat YouTube, lepas tu skrol ke bawah banyak-banyak—tiba-tiba muncul video yang langsung tak ada kaitan dengan carian.
Kadang-kadang keluar banyak shorts, sedangkan kita nak video panjang yang lebih detailed.
Senang cerita, extension ni bantu 'baiki' hasil carian YouTube yang bermasalah tu lah.
OK, ini lah 4 extensions yang aku suka dan apa sebab-sebabnya dorang ni best. Ada 4 ni, seronok sikitlah melayan Youtube.
BTW, pakai vs guna, "pakai" untuk benda-benda dekat badan, kan?



