Apa Yang Penting Bila Customize Template Blog?

Kurang seminggu, tukar tema blog lagi hahah. Template sekarang SeoPro. Sebelum ni nak atur layout susah, macam tak cukup customization. Tak pastilah sebab free version ka apa ka, atau memang customization setakat itu ja.

Yang tengah guna ni senang sikit, banyak boleh ubah. Cuma font theme sebelum ni lagi cantik.

Aku sebenarnya prefer kalau dekat homepage ada nombor mukasurat, boleh lompat terus page berapa, daripada jenis yang guna 'next page' atau 'more' sebab kena tekan banyak kali kalau nak pergi page jauh-jauh.

nombor muka surat di laman utama blog

Tapi malas dah nak fikir lagi ehehe.

Tips pilih dan customize theme blog

  1. Guna theme ringan
    Bagi aku, tak payah lah yang ada macam-macam animation, ada lagu lah, itu lah ini lah. Mungkin cantik dan cool, tapi kena juga consider orang-orang yang guna phone/komputer slow, tambah lagi internet lambat. Banyak kena loading tu.
  2. Mudahkan blog dibaca
    Kesian kat orang-orang yang singgah blog kalau tulisan susah nak dibaca. Kalau boleh besarkan sikit saiz font—aku sarankan dalam 16-20px. Dan guna warna yang berlawanan dengan background. Ada aku pernah tengok, warna background cerah lepastu warna text pun cerah haha.

Bagi aku 2 ni lah yang penting, ada lagi kot tapi tak terfikir apa.

Kalau gaya penulisan pula, susun perenggan artikel cantik-cantik, biar kemas dan sedap baca.

Setiap perenggan tu cukuplah 2-4 baris saja. Jangan sampai berbaris-baris macam baca research paper. Kalau kau pernah buat assignment atau kerja sekolah yang perlu baca banyak rujukan dengan perenggan tebal-tebal, mesti pening 'kan hahah.

Kalau tengok dekat phone entah berapa lapis baris tu.

tips pilih dan customize tema blog

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama