Renew Domain Jauh Lebih Awal

perbaharui domain lebih awal daripada due date netkl
next due 2027 eheh

Hari ini aku bayar untuk perbaharui domain jauh lebih awal—due date bulan 11 tapi sekarang masih bulan 5, jadi, bayar 6 bulan awal.

Bayar kepada domain registrar NetKL. Bukan blog ni, blog lain.

Aku tanya boleh tak bayar awal, staf kata boleh ja. Staf tanya nak berapa tahun dan lepastu dia hantar invoice. Oklah, bayar total RM75 untuk setahun; domain + ID protection.

Kenapa bayar awal? Sebab aku takut terbelanja duit tu ahahah. Simpan lama-lama nanti terlupa pula tu bajet untuk blog.

Lagi satu sebab, ialah perang Iran dan US sekarang, ada berita (Fars News) kata Iran nak pertimbangkan kawalan ke atas kabel internet dekat dasar laut Selat Hormuz tu. Aku harap ini tak betullah. Jadinya, aku renew awal sebab takut (mungkin) harga servis tetiba naik. Mana tahu servis ni terjejas sebab terkena tempias. Hahah apalah.

Doakanlah berita ni tak jadi kenyataan. Mampuslah kalau banyak benda naik harga gila-gila mendadak.

2 Ulasan

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

  1. Tak pernah lagi nak cuba untuk membeli domain. Teringin tapi nantilah.. sampailah dah tahun 2026.. nantilah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak tahu nak sarankan atau tidak kat puan, sebab alamat blog puan sekarang dah lama dan terkenal di search engines. Tak tahu apa effect nanti kalau puan tukar ke custom domain. Kena tanya pakar dulu.

      Padam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama