Orang Tak Suka Nanas Atas Pizza

kepingan nanas dalam piring

Kenapa? Apa sebab orang tak suka?

Dulu aku pun macam berkerut kening dan dahi bila mula tahu wujudnya "pineapple on pizza". Terfikir kejap, macam tak betul saja gabungan 2 makanan ni.

Tak silap aku, antara salah satu sebabnya (yang aku rasa aku pernah ternampak seseorang kata) ialah buah nanas sedap kalau makan time sejuk-sejuk. Pizza pula jenis yang sedap bila masih panas. Jadi mungkin contrast antara dua keadaan tu yang buat orang "anti". Aku rasa sajalah.

Yalah 'kan, buah yang berair macam nanas dan tembikai memang sedap pun kalau dimakan sejuk.

Mungkin sebab lainnya, rasa kedua jenis makanan ni terlalu berbeza kot? Macam terlalu bercanggah.

Aku pulak memang tak minat nanas dan rasa tak sesuai dengan pizza. Jadi aku pun di pihak anti tulah hehehe.

Sampailah suatu hari...
Mak buat sesuatu yang macam pizza, guna roti bantal. Letak kepingan sosej, sos, keju, dan bijirin/ketulan sayur (aku tak tahu apa nama benda ni) atas roti bantal dan bakar dalam oven. Tapi tak macam biasa, kali ni mak ada letak kepingan nanas.

Aku dah macam, "Alamak..." hahah. Sebab lapar, makan sajalah. Aku pun tak nak complain pasal makanan sebab rezeki daripada Allah 'kan, takut ditarik nikmat kekenyangan tu sebab tak bersyukur. Selagi makanan tu elok, boleh makan, diam-diam sajalah tak perlu banyak cakap.

Eh, sedap pulak ada nanas. HAHAHA.

Hmm, OK.

Sejak dari tu, aku "terima" nanas atas pizza. Tapi pengalaman aku ni bukanlah daripada pizza nanas sebenar, jadi mungkin aku berubah fikiran suatu hari nanti?

Aku berhenti menyebelahi mana-mana pihak — kau nak suka kah, nak benci kah, itu hal engkau orang. Nak gaduh sebab nanas, gaduhlah. Haha.

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama