Garisan Bawah Teks Terputus pada Sesetengah Huruf

Sesetengah huruf kecil ada bahagian yang memanjang ke bawah garisan teks, seperti huruf g, j, p, q dan y. Bahagian ni dipanggil descender.

Secara default, kebanyakan browsers akan putuskan garisan bawah bila ia lalu "ekor" huruf-huruf tersebut ataupun tanda baca tertentu macam koma.

garis bawah text putus

Saya lebih suka kalau garisan bawah tu bersambung saja. Bagi saya, nampak lebih kemas.

garis bawah text tidak putus

Mudah saja nak ubah gaya ni. Cuma masukkan kod CSS di bawah:

.post-body {text-decoration-skip-ink: none;}

(Langkah-langkah bawah adalah untuk blogspot blogger saja.)

  1. Salin kod CSS tu.
  2. Pergi ke Theme dan klik pada Customise.
  3. Di bahagian Advanced, cari "Add CSS".
  4. lokasi "Add CSS" blogger
  5. Masukkan/paste kod CSS tadi di ruang kosong yang tersedia.
  6. Klik butang Save dekat bawah kanan skrin.

Kalau nak kembali pada gaya asal, buang saja kod tu dan klik Save.

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama