Tak pasti, mungkin mula berlaku pada aku sejak setahun dua lalu. Aku rasa aku ada masalah Checking OCD. Puncanya tak tahu. Barangkali mental ni sedikit gila haha.
Mulanya tak tahu apa-apa sampailah tak sengaja terjumpa sebuah video skit tentang ni. Baru faham itu yang aku alami.
Pada yang tak tahu, aku minta AI untuk terangkannya dalam bahasa mudah.
OCD (Obsessive-Compulsive Disorder) ialah keadaan apabila seseorang mengalami fikiran atau kebimbangan yang berulang dan sukar dikawal, sehingga dia rasa perlu melakukan sesuatu berulang kali untuk mengurangkan rasa cemas tersebut.
Checking OCD pula ialah keadaan apabila seseorang rasa perlu memeriksa sesuatu berulang kali kerana masih ragu-ragu atau takut sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Contohnya, memeriksa pintu sudah dikunci atau dapur sudah ditutup berkali-kali walaupun sudah memeriksanya.
Tapi pada aku takdalah sampai cemas. Cuma selalu ragu-ragu, sebab tu aku rasa macam kurang pasti apa yang aku alami ni betul-betul Checking OCD atau tak. Tapi, kalau ikutkan video yang aku sebut tadi, kelakuan aku memang macam dia lakonkan.
Satu contoh benda ni terjadi bila aku keluar dari bilik air/tandas.
"Paip air tadi dah tutupkah? Dah kan? Yakin? Pasti?" Kurang lebih macam tulah otak aku.
Kesannya, aku keluar masuk bilik air berkali-kali untuk periksa sebab otak asyik kata "Check lagi". Walaupun nampak jelas dari luar memang dah tutup, tetap juga masuk dan periksa guna tangan untuk pastikan air betul-betul tak keluar.
Lagi satu, masa nak tutup tudung saji.
Angkat, letak, angkat lagi, letak,
angkat lagi, letak. Nak pastikan betul-betul takda lalat yang masuk. Aku
ulang-ulang mungkin lebih sepuluh kali.
Setakat ni, dua inilah yang paling "parah".
Rasa macam otak tak percayakan mata sendiri.
