Konsisten Dalam Ber-Blogging

perlu rajin dan konsisten menulis blog
Foto hiasan: Craig Dennis (via Pexels)

Nak blog kita berjaya, kenalah konsisten dalam menulis. Susahlah kalau minggu ini rajin, lepas tu senyap berbulan-bulan tak ada apa-apa konten baru. Dalam apa-apa hal pun sama bukan ber-blogging saja.

Kita perlu selalu menulis, tapi bukanlah maksudnya harus setiap hari. Kalau hanya mampu tulis 3-4 entri dalam sebulan pun OK juga.

Update 2026/07/13: Sebelum anda teruskan membaca, saya nak kata saya rasa apa yang ditulis di sini mungkin hanya sesuai kalau pemilik blog mahu orang baca penulisannya.

Kalau seseorang hanya menulis suka-suka untuk dirinya sahaja, tidak pernah kisah atau peduli ada orang baca atau tidak, abaikan saja apa yang saya kata di entri ini. =P Heheh.

Pentingnya menulis secara konsisten supaya blog nampak hidup, dan tarik pembaca kembali ke blog kita. Tanpa pembaca, entah apa tujuan blog melainkan untuk bacaan sendiri saja seperti diari atas talian.

Dan sudah tentunya penulisan yang konsisten membantu dalam SEO jika dilakukan dengan betul—seterusnya bawa masuk pembaca baru.

Tapi..

Kalau niat nak menarik pembaca, menulis secara konsisten tapi tiada peningkatan pun tak berguna.

Ia sepatutnya jadi peluang untuk belajar dan perbaiki. Ubah gaya, tajuk atau cara penulisan agar kelihatan menarik pada pembaca.

Konsisten tanpa penambahbaikan dalam skill menulis, membuat konten jadi hambar. Ibarat "garbage in, garbage out". Kalau input sampah, yang keluar (output/result) juga sampah, bukan?

Mungkin ramai fikir cukup sekadar update selalu. Tak improve, tak belajar apa-apa, tak menambah nilai. Konsisten seperti ini hanya menjadi rutin kosong. Blog nampak aktif, tapi tak ke mana pun.

Ya,

Konsisten memang penting, tapi konsisten dengan kemajuan jauh lebih baik. Tak perlu sempurna dari awal. Entri yang sudah ditulis boleh dikemaskini bila-bila masa.

Mulakan, teruskan, dan belajar daripada setiap post/entri. Lama-kelamaan, kualiti akan mengikut.

Apa pandangan korang, mungkin ada sesuatu nak dikongsikan?

2 Ulasan

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

  1. Saya rasa kedua-duanya saling melengkapi. Konsisten membuatkan blog terus hidup, manakala peningkatan diri pula membantu blog berkembang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul puan. Tapi hari ini saya baca balik apa yang saya tulis di atas tu, saya rasa hanya sesuai untuk penulis yang memang ingin mengumpul pembaca/pengikut hahah.

      Padam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama