Nak blog kita berjaya, kenalah konsisten dalam menulis. Susahlah kalau minggu ini rajin, lepas tu senyap berbulan-bulan tak ada apa-apa konten baru. Dalam apa-apa hal pun sama bukan ber-blogging saja.
Kita perlu selalu menulis, tapi bukanlah maksudnya harus setiap hari. Kalau hanya mampu tulis 3-4 entri dalam sebulan pun OK juga.
Pentingnya menulis secara konsisten supaya blog nampak hidup, dan tarik pembaca kembali ke blog kita. Tanpa pembaca, entah apa tujuan blog melainkan untuk bacaan sendiri saja seperti diari atas talian.
Dan sudah tentunya penulisan yang konsisten membantu dalam SEO jika dilakukan dengan betul—seterusnya bawa masuk pembaca baru.
Tapi..
Kalau niat nak menarik pembaca, menulis secara konsisten tapi tiada peningkatan pun tak berguna.
Ia sepatutnya jadi peluang untuk belajar dan perbaiki. Ubah gaya, tajuk atau cara penulisan agar kelihatan menarik pada pembaca.
Konsisten tanpa penambahbaikan dalam skill menulis, membuat konten jadi hambar. Ibarat "garbage in, garbage out". Kalau input sampah, yang keluar (output/result) juga sampah, bukan?
Mungkin ramai fikir cukup sekadar update selalu. Tak improve, tak belajar apa-apa, tak menambah nilai. Konsisten seperti ini hanya menjadi rutin kosong. Blog nampak aktif, tapi tak ke mana pun.
Ya,
Konsisten memang penting, tapi konsisten dengan kemajuan jauh lebih baik. Tak perlu sempurna dari awal. Entri yang sudah ditulis boleh dikemaskini bila-bila masa.
Mulakan, teruskan, dan belajar daripada setiap post/entri. Lama-kelamaan, kualiti akan mengikut.
Apa pandangan korang, mungkin ada sesuatu nak dikongsikan?