Tadi saya ada kongsi 1 hantaran facebook daripada page saya sendiri. Page tu tempat saya kongsi entri blog sayalah.
Selalunya saya letak link + gambar tulisan yang sebut tentang entri blog tu. Contohnya, gambar dekat bawah ni. Maknanya facebook tak generate link preview.
Post yang macam ni bila saya share dekat group facebook terus di-'approved'—automatik. Tak perlu tunggu group admin tu nak semak dulu kemudian luluskan.
UPDATE: Alamak, tadi saya share hantaran kali ke-4 sama juga, perlu kelulusan dari admin. Saya tak spam ya, jarak perkongsian sebelum ni jauh berjam-jam.
UPDATE 2: OK, beberapa jam lepas tu saya share lagi 1 hantaran di 2 groups dan terus approved/lulus. Takda pun perlu tanya admin dulu. Pelik saya.
UPDATE 3: Selepas 2 minggu kongsi posting dekat beberapa group, semua lepas—tak ada yang pending. Terus published. Nampaknya 1 tu saja yang "bermasalah", mungkin ada triggered sesuatu yang perlukan tapisan daripada admin.
UPDATE 4: OK bila join group baru pula, post yang dikongsi auto kena removed lepas beberapa saat. Mungkin benarlah ini bergantung pada tetapan daripada admin group tu.
Perkongsian hantaran di facebook group jadi 'pending'
Tapi bila saya cuba kongsi hantaran lain yang page saya buat tanpa letak gambar, yang guna link preview tu, hantaran ni jadi status 'pending'.
Kena tunggu group admin luluskan. Ni tak best—kita tak tahu bila akan approve, mungkin ambil masa berhari-hari.
Kalau nak tahu apa yang kita kongsi dekat sesuatu group facebook tu 'published', 'pending', 'declined' atau 'removed', boleh ikut cara dalam gambar di bawah.
Pergi dekat group dan cari titik 3 ni.
Kalau guna pc, sama juga—cari 3 titik atau dot tu.
Apa punca atau sebabnya?
Tak pasti, mungkin setting group secara default-nya, akan tapis apa-apa post yang ada url, harus diperiksa admin dulu. Dan mungkin ada keyword tertentu yang trigger tapisan ni. Ya la kan, kalau tak ada tapisan/filter, bahaya juga orang share link yang pelik-pelik dan bahaya.


