Aku minat tengok drama jepun. Kebanyakannya pasal cinta romantik (hehehe).
Drama dari jepun bagi aku menusuk kalbu. Aku tak pastilah betul kah tak ayat aku ni. Maksud aku, kisah-kisah dia mendalam, tak cetek takat permukaan ja macam cliche, predictable, konflik murahan...
Ofcourse-lah tak semua drama dorang bagus-bagus, tapi setakat yang aku dah tengok dan ingat, puas hati.
Macam mana aku boleh lupa pasal ni. Aku teringat sebab tengah tengok sorang vtuber buat karaoke live nyanyi lagu tu.
Drama Code Blue tentang medic — doktor selamatkan macam-macam pesakit. Aku pun dah lupa jalan cerita dia, sebab rasanya ±10 tahun gitu lah terakhir aku tengok. Tambah lagi aku kurang faham bahasa Inggeris (sarikata), makinlah lupa hahah.
Nak tengok balik susah pula nak cari website drama jepun. Dulu senang sikit. Sekarang dah tutup dan hari ni cuma website Kdrama yang orang banyak buat.
Bawah ni female cover paling best. Aku suka kalau orang cover ikut original tak ubah apa-apa.
