Kualiti Anime Terasa Semakin Merosot

Terjumpa satu video YouTube bertajuk “The Unfortunate Reality of Modern Anime”.

Sekarang, sangat ramai orang yang tengok anime berbanding dulu. Tapi, kualiti lukisan dan pergerakan animasi semakin teruk. Contohnya, penggunaan skrin gegar berlebihan untuk "cover" gambar yang kurang bergerak.

Aku yakin, ramai orang setuju One Punch Man musim 3 sangat teruk. Kualitinya jauh beza dengan musim-musim sebelumnya, sampai orang gelar macam pembentangan PowerPoint.

$ads={1}

Balik kepada video, punca utama kepada masalah kualiti ni ialah terlalu banyak anime dihasilkan setiap tahun. Studio kena buat banyak projek serentak, jadi animator yang terbaik terpaksa dipecahkan ke beberapa projek. Jadi, terlalu banyak kerja nak disiapkan dalam masa yang terhad sampai kualiti animasi terjejas.

Habis tu, kenapa studio tak tolak saja kerja yang jadualnya mustahil?

Kata video, di Jepun, kebanyakan studio sebenarnya tak miliki anime yang mereka buat. Syarikat-syarikat besar macam stesen TV, penerbit, dan platform penstriman yang bagi dana, lepas tu bayar studio dengan jumlah yang dah ditetapkan dari awal untuk menghasilkan anime tersebut.

Menurut video, bayaran tu kadang-kadang hanya cukup untuk menampung kos operasi seperti elektrik dan lesen software.

Keadaan ni menyebabkan studio terpaksa mengejar satu projek ke satu projek yang lain supaya boleh terus bertahan. Bila masa tak mencukupi, mereka mungkin terpaksa gunakan jalan pintas untuk siapkan animasi mengikut jadual, macam contoh skrin gegar tadi.

Video tu berakhir dengan kata ni: anime moden bukan hilang bakat, tapi hilang masa.

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama