Nama app ni ialah PhotoScape X. Boleh dimuat turun dekat Microsoft Store. Boleh klik link dekat bawah kalau berminat nak dowload, versi free.
https://apps.microsoft.com/detail/9nblggh4twwg
App ni lah yang aku selalu guna untuk sunting gambar lepas tu upload dekat blog. Tapi editor ni basic sajalah, bukan untuk editing macam taraf Photoshop tu. Kalau tengah mencari app yang boleh buang latar belakang, PhotoScape X tak dapat buat.
$ads={1}
Ada banyak fungsi mudah macam crop, resize, masukkan teks dan bentuk, filter warna, censor, dan sebagainya.
Setakat ini, aku paling suka dan banyak guna resize, crop, sharpen, dan letakkan corak 'film' sebagai latar belakang bila aku buat gambar teks. Kadang-kadang masukkan filter blur atau mosaic untuk censor sesuatu, atau guna bentuk anak panah kalau buat gambar tutorial.
Dan satu lagi yang best guna app ni ialah, kita boleh save gambar dalam format webp. Kalau tak tahu, format webp buatkan saiz gambar jadi sangat kecil. Cuba tengok perbandingan saiz dekat bawah.
Kalau korang banyak upload gambar dekat blog, ngamlah ni edit lepastu save sebagai webp sebelum dimasukkan ke blog, supaya saiz media kecil dan tak melambatkan loading entri blog tu, lebih-lebih lagi foto yang diambil guna kamera fon yang selalunya dalam saiz beberapa MB untuk satu gambar.
Untuk versi percuma PhotoScape X, saiz install takdalah besar sangat, cuma 500+ megabytes saja. Masa download tu aku tak ingat berapa MB, mungkin kecik sikit kot.



